Skip to content

Community Guidelines

Effective: 13 November 2026. These guidelines sit alongside our Terms of Use.

Berkuat kuasa: 13 November 2026. Garis panduan ini melengkapi Terma Penggunaan kami.

Keep it real

Leaderboards, challenges and records only mean something when everyone plays fair.

  • Record your own activities with the right sport. A ride saved as a run, or a car trip saved as a ride, takes a place from someone who earned it.
  • No fake GPS apps, edited or generated files, or copies of another athlete's track.
  • Kejar flags impossible speeds, GPS jumps, generated files and copied tracks automatically. Flagged activities leave leaderboards and challenges until our team reviews them.

Respect people

  • No harassment, bullying, threats, hate speech or encouragement of self-harm.
  • No sexual content. Content that sexualises a minor is reported to the authorities: see our Child Safety Standards.
  • No spam, scams, misleading offers or impersonation of another person, club or brand.
  • Disagree about pace, routes or kit as much as you like, but keep it about the sport, not the person.

Respect privacy

  • Do not share another person's location, address, Beacon link, photos or personal details without their permission.
  • Do not use activities, segments or the map to find, follow or wait for someone.
  • Share Beacon links only with people you trust.

Train safely

  • Obey traffic laws. No segment time is worth a red light.
  • Do not create segments or routes that encourage dangerous riding or running. You can mark a segment as hazardous.
  • Kejar is not medical advice. Do not present your own tips as medical advice.

Clubs, challenges and events

  • Club owners and admins are responsible for what their club posts, and for accurate event times, places and routes.
  • Do not promise prizes or rewards you cannot give, or charge members through Kejar for something Kejar does not sell.

Reporting

Every athlete, activity, photo, post, comment, club, club event, segment, route, challenge and message has a Report option. Reports about the same thing are reviewed together, once, and everyone who reported it is told the outcome. You cannot report your own content.

The text of a private message is shown to our staff only when that message is reported, and every time staff open it is recorded with a reason.

What happens next

We use the lightest action that fixes the problem, so most mistakes never cost you your training history:

  • Hiding or removing a post, comment, photo, profile photo or bio.
  • A warning.
  • A community restriction (no posts, comments or kudos) or a chat restriction, for a set time or until lifted.
  • A leaderboard ban on one segment or on every segment.
  • Suspension, or a permanent ban for serious or repeated harm.

If you think we got it wrong, email [email protected] with "Appeal" in the subject. A different member of our team reviews it.

Jujur

Papan pendahulu, cabaran dan rekod hanya bermakna apabila semua bermain adil.

  • Rakam aktiviti anda sendiri dengan sukan yang betul. Kayuhan yang disimpan sebagai larian, atau perjalanan kereta yang disimpan sebagai kayuhan, merampas tempat orang yang layak.
  • Tiada apps GPS palsu, fail yang disunting atau dijana, atau salinan trek atlet lain.
  • Kejar menanda kelajuan mustahil, lompatan GPS, fail yang dijana dan trek salinan secara automatik. Aktiviti bertanda keluar dari papan pendahulu dan cabaran sehingga pasukan kami menyemaknya.

Hormati orang

  • Tiada gangguan, buli, ugutan, ucapan kebencian atau galakan mencederakan diri.
  • Tiada kandungan seksual. Kandungan yang menseksualkan kanak-kanak dilaporkan kepada pihak berkuasa: lihat Piawaian Keselamatan Kanak-kanak kami.
  • Tiada spam, penipuan, tawaran mengelirukan atau menyamar sebagai orang, kelab atau jenama lain.
  • Berbezalah pendapat tentang pace, laluan atau kelengkapan, tetapi biar tentang sukan, bukan tentang orangnya.

Hormati privasi

  • Jangan kongsi lokasi, alamat, pautan Beacon, gambar atau butiran peribadi orang lain tanpa kebenaran mereka.
  • Jangan guna aktiviti, segmen atau peta untuk mencari, mengekori atau menunggu seseorang.
  • Kongsi pautan Beacon hanya dengan orang yang anda percayai.

Berlatih dengan selamat

  • Patuhi undang-undang jalan raya. Tiada masa segmen yang berbaloi dengan melanggar lampu merah.
  • Jangan cipta segmen atau laluan yang menggalakkan kayuhan atau larian berbahaya. Anda boleh menanda segmen sebagai berbahaya.
  • Kejar bukan nasihat perubatan. Jangan kemukakan petua anda sendiri sebagai nasihat perubatan.

Kelab, cabaran dan acara

  • Pemilik dan admin kelab bertanggungjawab atas apa yang disiarkan kelab mereka, dan atas ketepatan masa, tempat dan laluan acara.
  • Jangan janjikan hadiah atau ganjaran yang tidak dapat anda berikan, atau mengutip bayaran ahli melalui Kejar untuk sesuatu yang tidak dijual oleh Kejar.

Melapor

Setiap atlet, aktiviti, gambar, pos, komen, kelab, acara kelab, segmen, laluan, cabaran dan mesej mempunyai pilihan Lapor. Laporan tentang perkara yang sama disemak bersama, sekali, dan setiap pelapor diberitahu keputusannya. Anda tidak boleh melaporkan kandungan anda sendiri.

Teks mesej peribadi hanya dipaparkan kepada staf kami apabila mesej itu dilaporkan, dan setiap kali staf membukanya direkodkan bersama sebabnya.

Apa yang berlaku seterusnya

Kami menggunakan tindakan paling ringan yang menyelesaikan masalah, jadi kebanyakan kesilapan tidak sekali-kali menghilangkan sejarah latihan anda:

  • Menyembunyikan atau membuang pos, komen, gambar, gambar profil atau bio.
  • Amaran.
  • Had komuniti (tiada pos, komen atau kudos) atau had sembang, untuk tempoh tertentu atau sehingga ditarik balik.
  • Larangan papan pendahulu pada satu segmen atau semua segmen.
  • Penggantungan, atau sekatan kekal bagi kemudaratan serius atau berulang.

Jika anda rasa kami tersilap, e-mel [email protected] dengan "Rayuan" dalam subjek. Ahli pasukan yang lain akan menyemaknya.